assalamualaikum.
Bertemu lagi dalam
segmen melukis bersama cikgu jaja. erkk? sudah2. okei. hari tu aku da post N3
pasal buat kereta kan. hee~ sejak berpraktikum ni, macam-macam la idea kena pikir nk ajar murid-murid. tengok rancangan pengajaran tahunan. teett! tajuk minggu ini membuat corak dan rekaan. so da terpikir da.
capan ayam.
capan ayam. ooyeahh! i loike. nak taw kenapa? haha. sebab boleh conteng-conteng tangan. yezza! hehe. capan ni ialah
teknik mengecap dengan bahan alam atau semulajadi or whatever yang mana akan membentuk kesan dari apa yang anda cop. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. tu la serba sedikit penerangan dia. nak tahu lebih. sila GOOGLE
okeih2. hari rabu hari tu macam biasalah. kena ajar murid tahun 5. naseb baik tahun 5 ni murid-muridnya tidak ada yang mempunyai masalah penglihatan Buta. Dorang ni just rabun teruk je. tapi masih boleh nampak. jangan pikir murid yang sekolah buta semua tak nampak okei. kalo tak jenuh aku nak pikir aktiviti yang sesuai. so faham-faham la yek.
okei. sebelum aku ajar murid- murid ni. cikgu kena buat dulu yang da siap. so murid boleh tengok dan cakap "waa!cikgu! cantiknya cikgu buat. " "waa! cikgu. saya nak buat la!" dan macam -macam lagi la. hehe. actually murid-murid sangat suka mase pendidikan seni. tak caya? korang survey sendiri. paling malas pon mase sekolah dulu-dulu kan. lukis ape korang taw. haha. rumah tepi sawah. corak bunga la. buah-buahan la. kalo dapat cikgu yang rajin lebeh buat topeng. buat itu buat ini. mase ni la nak meluahkan kekreatifan korang tu kan? ecewah!
okei. jom tengok camne cara nak buat ni. before tu aku nak ucap mekasih bebanyak kat classmate ak.
Nurul Hidayah Md Nor. sebab tolong snap gambar mase aku buat nie. jenuh aku nak buat lagi. nak snap gambar lagi. macih ea mek ida. okei. ni barang-barang yang diperlukan.
buncho poster colour.
berus.
drawing block
pallet.
okei. gambar alat-alat ni sumber ihsan dari google. aku lupe nak snap..hehe. jom tengok camne nak wat. kat bawah ni la hasil capan tak berape *comel* aku buat. ngee. hari tu nak ngajor hari tu la jugak buat nya.
cat tapak tangan dulu. tapi. JANGAN cat jari-jari anda okeih.:)
then. tekap kat kertas lukisan.
cuba tambah colour kat mane2 bahagian kosong itu.
okei. sekarang cap jari. kite akan buat bulu ayam. ooyeah!warna ikut kreatif anda.:)
satu
merah.
dua
tiga (biru)
dan tarra! eh kejap. tak siap lagi ni.
jom kite tambah kepala dia.hee. letak jambul , paruh , mata.
tarra!sudah siap. sng kan? gune tangan pon boleh jadi ayam. wee!pastu hias la ape yang patut. sebab ak malas. ak baut tanah dan rumput je.ngeh3.
okei. sekarang aku nak tunjuk hasil capan anak murid aku plak. dan jangan tak percaya. mereka boleh buat dan lagi kreatif. bagus-bagus.
ini hasil capan Wong Zemin.
okei. murid ini sangat talkative. OMG. Owez speaking in BI. penat aku nak melayan karenah dia. dan perkara yang dia tak pernah miss setiap kali jumpa aku ialah bercerita tentang annoying orange. dia sangat suka cerita itu okei. sampai siap hafal skrip dan meniru aksi itu. one of the clever student in this school. gud job Wong!
hasil capan ain.:)
inila ain. satu-satunya puteri dalam kelas itu. sangat manja dengan cikgu. suka sangat waktu ade pelajaran seni. see! she can do it. gud job ain!
ni plak hasil capan naqiu.:). hehe. kuku ayam siap pakai pewarna kuku lagi. comel!(^_^)
whoa..!hensem boy. ni la naqiuddin. aku da penah jumpe dia mase PBS kat SKPK Alma dulu. sekarang dia sekolah kat sini sebab ikut ayah dia pindah. and he also best student in that school. n bestfriend Wong:) Gud Luck Naqiu.:)
ada sorang lagi murid tidak hadir. nama dia balan. kalo tak mesti semangat dia nak wat seni. and korang taw tak. tadi mase relief kelas BM Tahun 5 ni, naqiu bagitau
- naqiu-"cikgu. jom belajar seni lagi nak"
- aku-" mane boleh.. sekarang kan mase BM. cikgu ganti cikgu maznah. cikgu maznah tak datang ari ni. ari nie kita buat karangan ."
- naqiu-"ala...baikla cikgu"
hehe. aku taw. dia sedih. tapi mase Bahasa Melayu kena la fokus kat Bahasa Melayu..hee. nanti kita buat seni lagi ea murid-murid. okei. pengalaman yang aku dapat. walaupun mereka tidak sempurna macam kita, tapi mereka boleh buat. sebab tu aku selalu pesan kat mereka. jangan sesekali kata TIDAK. awak semua boleh buat. and then dorang yakin untuk buat. alhamdulillah:)
cik jaja kata~ade 2 minggu lagi praktikum. walaupun da nak habis. sedih tetap ade kat sudut hati aku ni. sekolah ini sangat besttttt!!!SKPK Jalan Batu dalam kenangan(T__T)