Monday, September 12, 2011

::Raya-Raya Bersama Encik Chenta (^_^)::


Assalamualaikum

okei. jom cerita-cerita raya siri ke 2. wee! raya tahun nie raya paling bermakna dalam hidup aku. nak taw x? nak taw x? nak leettuu! ngee! macam yang aku citer n3 lepas. nak citer pasal beraya dengan encik chenta kan? alhamdulillah. jumaat ari tu bersamaan 2 september 2011 sama dengan 4 syawal pukul 8 malam aku bertolak ke muar. yang paling aku suke sangat2, abah temankan aku beli tiket and abah dan umi izinkan aku untuk ke sana. amin:) dan juga abah tolong lagi hantarkan. sape tak suke weh. senyum melebar je. hehe. okei. ni bukti aku pegi johor. 


nie tiket nya.


mahal kan tiket die. RM 52.00. tapi ape la sangat kalo da nak beraya dengan si dia kan. first time naik bas ni pegi Muar. mula-mula macam tak caya. tapi semuanya okei. alhamdulillah. dan perjalanan untuk ke sana sangat-sangat la lama..bertolak pukul 8 malam. sampai pukul 7.35pagi. dekat 12 jam jugak la. mane tak lame. bas tu menyinggah banyak sangat. melaka la. tu la. ni la. naek dengan bas kan. so kenala ikut syarat-syarat bas. eceh!

sampai sana akak encik chenta  dan encik chenta jemput. akak dia sangat melayan aku dengan baik. rasa macam da lama kenal.borak itu.borak ini.sukenye.:)  sampai umah dalam pukul 8pagi lebih. dekat setengah jam jugak la perjalanan dari stesen bas muar ke rumah dia. sampai je segan2 nak masuk umah. salam dengan mak dan ayah dia. yang paling aku tak sangka sekali mak encik chenta pas salam dengan aku, dia cium dan peluk aku. Ya Allah. nak nanges taw ase mase tu.sangat tak sangka dapat layanan macam nie. Ya Allah. kekalkan lah hubungan kami. Tetapkanlah jodoh kami Ya Allah. Sungguh. Mase tu aku sangat tak sangka mak dia boleh peluk cium aku. masuk je rumah tengok adik-adik dia tengah siapkan sarapan untuk aku sekali. terharunya. Nasi Lemak taw! sangat2 best. aku tolong-tolong buat air. hehe. tunjuk bakat ckit.hehe. nak masak tak bole da. semua da siap. hehe

Da pas makan semua. borak-borak dengan akak nadia(akak dia la). sembang-sembang pasal akak nak tunang nanti. dia siap tunjuk kain semua. tanya pendapat aku. i.allah. 24 haribulan nie dia tunang dengan abang anep (tunang akak dialah). aku dijemput sebenarnya. nak pegi. tapi tu la. kena tengok aktiviti kat maktab. takot bertembung kan. Pastu borak-borak dengan mak encik chenta. citer pasal mase si dia kecil2 dlu.

Ya Allah. nak taw x. Encik Chenta ni sangat-sangat nakal..ade satu citer yang mak dia cerita, encik chenta pernah cukur rambut adik dia si acik tu. kurang asam punye pakwe. haha. adoi. sian acik. habis rambut yang nak panjang mase tu. aku siap cakap kalo by cukur rambut mucuk nak x?  dia boleh jawab cukurla.. cukurla. haha. ngekk!!tengok gambar mase encik chenta kecik xubah . tapi da besar lagi hensem. eceh! time nie la mak dia cite semua pasal dia. nakal la. suke main la. ape la.  laki kan. mane leh dok diam.

okei. da puas lepak2 semua. tepat kol 10 pagi aku siap2 nak pegi open house kawan-kawan dia. iron baju melayu si dia (^_^).  kol 11 pagi da gerak da. minta izin ayah dengan mak encik chenta untuk pegi beraya. alhamdulillah. di izinkan. wee! time nie la kami pakai baju sedondon. hijau pucuk pisang..(lebih kurang la.). 

mula-mula sekali encik chenta bawak pegi umah kawan dia. nama aman. mak aih.first time jumpa da kena bahan dengan member encik chenta. sabar je la. haha. naseb bek ni kg korang. mase kami sampai mak kawan encik chenta sediakan makanan yang sangat sedap3!paling aku suke. tempe cicah sambal kicap! sedap wooo! makan camtu je. 



si dia


aku:)

okei. perut da kenyang. kami beraya lagi. haha. tak la. singgah umah jap sebab sekarang turn umah encik chenta plak dorang beraya. tengok-tengok mak encik chenta tengah siapkan laksa penang. uwaa! my pebrettt! sementara tunggu kawan-kawan encik chenta datang, aku tolong ape yang patut. dan korang tahu. laksa tu sangat sedap!adoi. 2 hari dok umah tu memang MAKAN. MAKAN.MAKAN. wee! nanti kena belajar buat laksa penang nih dengan bakal mak mertua. amin:)


time nie mase tengah tunggu kawan-kawan dia datang beraya kat rumah.


okei. nampak sangat da lame ta naek basikal.

jam 2 camtu aku da tak larat da nak pegi beraya. penat ade. kenyang ade. so encik chenta suruh aku berehat. nanti petang kami beraya lagi dengan awek-awek member si dia. 

tarra! nie la perjalanan kami untuk beraya. memang petang tu sangat-sangat kenyang. dan aku dapat kawan baru! ekin. ima, ramai lagi sebenarnya. tak semua leh kumpul. dan aku yang paling tua dalam awek-awek mereka. OMG! huhu. tapi si dia paling muda dalam geng2 dorang. ini tidak adil! ngee2


naik keta g beraya. macih awak.


<3


gambar ni. hehe. tengah beraya tetibe ade motor nie. ape lagi.amek gambar.:)


kawan -kawan encik chenta



dengan ima:)



beraya lagi:)




dan lagi:)




dan lagi



lagi



:)


:)



sempat lagi bergambar. :)


dengan ikin:)



ni je gurl yang ade. kawan baru:)


tengah syok beraya, akak dia kol. malam nie pegi rumah open house mak sedara. Omaigod! omaigod! cuak weh. baru je datang da kena pegi umah sedara? haha. tak taw nak cakap ape. ikut je la. takot pon ade sebenarnya. then, malam tu aku terus beraya. tapi seyes penat. seharian kot berjalan.



sampai sana aku disambut sangat-sangat baik. tunang akak dia ada. dan yang paling aku suke. mak sedara dia sangat sporting and talkative. ade je cerita dia. xjemu aku dengar. hehe. trima kasih mak cik tun sebab bagi kami makan sedap2.tapi sayang. aku xleh nak makan banyak. perut FULL okeih!.wuwuwu. dan mase nak balik tu, salam-salam semua. nah! duit raya untuk cikgu. mak aiih! sogan den...den da besor mak oii. hehe. suami mak cik tun bagi. hehe.encik chenta pon dapat. macih3. senyum sampai telinga semua..dan mase dalam perjalanan balik encik chenta bisik kat aku..

  encik chenta    : "mucuk..tadi cik tun pesan kat b.. mase b salam dia."

aku: : "dia pesan ape sayang" ( dalam hati berdebar nih)

encik chenta: "cik tun suruh b jaga mucuk elok2. cik tun cakap baik budak nya. jaga elok-elok taw. cik tun suke kat dia."

aku: :* senyum sampai telinga* tak taw nak cakap ape. dalam hati ya allah. kekalkanlah hubungan kami.


sebelum balik rumah malam tu ,aku pegi beli barang nak buat triffle untuk esok. saje buat untuk makan. hehe. dorang semua puji sedap. alhamdulillah. nanti datang muar lagi aku nak masak masakan kelantan plak. :)


okei. muke penat beraya.



dalam banyak-banyak gambar, gambar ni paling aku SUKE. sempat lagi bergambar. tapi yang sedih. lupe nak amik gambar dengan adik-adik dia. seyes! nanti lain kali wajib! hehe.

esoknya, lepas makan-makan, sarapan, borak-borak semua. aku da kena gerak balik KL da. kejapnya mase dok muar. xpuas lagi taw. esok tu kami xsempat nak jalan-jalan. dok rumah je. mase tengah kemas-kemas tu, mak encik chenta bagi bekal biskut raya dengan tumpi & kerepek semua. 

banyak kan. mekasih mak cik.


suke sangat. tak sangka dapat semua tu.. kol 1.30 kami naik bas pegi KL. terima kasih sayangku sebab teman mucuk balik KL. mase nak balik salam mereka semua.  mak dan ayah encik chenta pesan... nanti jangan lupe datang lagi taw. tak pe. rumah nie sentiasa terbuka untuk fiza..Ya Allah.sayangnya nak tinggal dorang.mereka sangat-sangat baik..nanti ada mase aku nak datang lagi..i.allah. 24 haribulan nie akak dia tunang. moga-moga ada cuti nanti. bleh pegi muar lagi. yeay! raya tahun nie sangat bestt!


otw nak balik KL

cik jaja kata~nanti encik chenta plak kena datang kelantan!. hehe

9 comments:

sweet life said...

Uih~~ bahagianya depa..syok2..smoga berkekalan la yer.. :))

eLm0 sEnGaL yanG s0paN said...

naik dari mane sampai rm52?

auntienenet said...

haha so suweet... suke bab mak paos cium n pelok kau. hee
smoge hubungan korang kekal ke jinjang pelamin. amin....

fieza jaja said...

tira~amin..:) awk pon taw:)

fieza jaja said...

reen~hehe. ak pon. terkejut gak mak dia layan ak cmtu. xsangka. thnks syg:)

fieza jaja said...

elmo~dari kota bahru ke muar. huhu.

auntienenet said...

haha itu lah diantara saat2 bahagia kn utk org yg brcinte ni. hope u oways hppy dear ;)

fieza jaja said...

thnks reen syg...hope sgt2 kekal..ko pon boleh jgk syg..jgn pk lg yg lepas..

auntienenet said...

AMIN.... BAEK BOSSSS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...